- Pendapat Kolum

Memahami secara mudah isu Kontraktor Untuk Buruh

Memahami secara mudah isu Kontraktor Untuk Buruh

8 October 2011 | 9:15 am

Oleh Mohd. Roszeli M

Banyak sudah diperkatakan mengenai isu Contractor For Labour yang ditentang keras oleh aktivis pekerja. Hampir semua komen atau ulasan yang dipaparkan menjurus kepada aspek perundangan atau legislation yang agak sukar difahami oleh mereka yang tidak terlibat secara lansung dengan isu pekerjaan.

roszeli - Memahami secara mudah isu Kontraktor Untuk Buruh

NAIB PRESIDEN MTUC, MOHD ROSZELI MAJID

Ramai masih tertanya-tanya apakah isu sebenar yang dibantah oleh MTUC berhubung pindaan Akta Kerja 1955 yang menyebabkan MTUC mengambil tindakan piket di depan parlimen pada 3 October 2011.

MTUC dibawah pimpinan Tn Syed Shahir Mohamud telah mula membantah pindaan Akta Kerja 1955 khasnya mengenai isu Contractor For Labour pada bulan December 2010 apabila ianya dicadangkan untuk pembentangan di sesi parlimen. Menteri Sumber Manusia telah menangguhkan pembentangan pindaan Akta Kerja pada masa tersebut dengan alas an untuk menyemak semula beberapa perkara yang melibatkan pindaan akta tersebut. Pada July 2011, Menteri tersebut sekali lagi cuba membentangkan pindaan yang sama beserta dengan Akta Majlis Konsultasi Negara disaat-saat akhir persidangan parlimen bagi tujuan melaksanakan Gaji Minima dalam sector pekerjaan Negara. Bantahan MTUC ketika itu terus berlaku tetapi akhirnya Menteri Sumber Manusia berjaya membentang dan mendapat kelulusan parlimen dengan sokongan majority ahli-ahli parlimen BN untuk melaksanakan Akta Majlis Konsultasi Negara. Bagaimanapun Menteri berkenaan  telah menangguhkan pembentangan terhadap pindaan Akta Kerja, Akta Kesatuan Sekerja dan Akta Perhubungan Perusahaan atas alasan kesuntukan masa serta memerlukan kajian selanjutnya.

Kini MTUC dibawah pimpinan Sdr Khalid Atan terus dihimpit isu Pindaan Akta Kerja 1955 terutama melibatkan isu Contractor For Labour yang amat membimbangkan majority aktivis pekerja. Sebelum perbincangan dan rundingan antara MTUC dan Kementerian Sumber Manusia dimuktamatkan bagi mencapai persetujuan bersama, pihak Menteri telah menyatakan pindaan akta tersebut akan tetap dibawa ke parlimen dalam sesi persidangan pada bulan Oktober ini. Difahamkan pembentangan pindaan Akta itu akan dimulakan perbahasannya pada 6 Oktober 2011 (hari ini).

Menteri Sumber Manusia dalam penjelasannya kepada MTUC berhubung isu ini memaklumkan pindaan berhubung Contractor For Labour adalah bertujuan untuk memberi  perlindungan kepada pekerja-pekerja sector perladangan dari terus ditindas oleh majikan yang kebanyakannya terdiri dari contractor-contractor yang membekalkan tenaga buruh untuk sector tersebut. Dengan memasukkan clausa Contractor For Labour dalam pindaan Akta Kerja 1955 tersebut maka majikan yang bergelar pembekal labour ini akan mempunyai ikatan undang-undang untuk dibawa ke muka pengadilan atas pelanggaran contract perkhidmatan dan pekerjaan.

MTUC mengambil pendirian bersetuju dengan tujuan asal ini tetapi dalam masa yang sama berpendapat pindaan ini sewajarnya tidak dibuat melalui akta Kerja 1955 kerana ianya hanya melibatkan sector perladangan tetapi kesan jangka panjangnya akan memudaratkan keseluruhan sector pekerjaan. Menteri tidak perlu pinda akta semata-mata untuk memberi perlindungan kepada sesuatu sector tetapi Menteri sepatutnya menggunakan kuasanya yang diperuntukkan dalam undang-undang untuk membuat Regulation atau Peraturan bagi tujuan tersebut.

Bantahan MTUC adalah berlandaskan kepada beberapa perkara yang melibatkan implikasi Undang-Undang, Perlindungan Jaminan Pekerjaan (Job Security), Kebajikan (Welfare) dan Organizing Kesatuan.

1.       Implikasi Undang-Undang

Hubungan antara majikan dan pekerja berstatus tetap diikat melalui Undang-Undang termasuk Akta Kerja, Akta Perhubungan Perusahaan, Akta Kesatuan Sekerja dan akta-akta lain yang relevan dengan sesuatu industry. Majikan perlu mematuhi undang-undang pekerjaan dalam menjalankan operasinya ketika mendapatkan khidmat seseorang pekerja berstatus tetap.

Seseorang pekerja diambil secara kontak melalui khidmat Contractor For Labour tidak mempunyai ikatan undang-undang dengan majikan ditempat ianya bekerja. Kontrak perkhidmatan secara terus adalah antara Majikan dan Syarikat Contractor For Labour atau agentnya. Manakala pekerja tersebut pula hanya mempunyai kontrak pekerjaan dengan Syarikat Contractor For Labour yang amat rapuh.

Keadaan ini akan melupuskan hak pekerja tersebut untuk membuat sebarang tuntutan dengan syarikat tempat ia bekerja. Pekerja juga boleh ditamatkan perkhidmatan pada bila-bila masa oleh pihak Contractor For Labour atas sebab-sebab perkhidmatannya tidak diperlukan lagi tanpa mendapat apa-apa faedah penamatan (seperti yang dimenterai dalam kontrak perkhidmatannya dengan syarikat Contractor For Labour). Hubungan antara Employer dan Employee hanyalah antara Contractor For Labour atau agentnya dengan pekerja sahaja.

2.       Jaminan Pekerjaan (Job Security)

Jaminan Pekerjaan Tetap (Permanent  Job) – Majikan akan menggunakani pindaan akta ini untuk menjimatkan kos dalam meningkatkan profit syarikat. Pekerjaan berstatus tetap akan dihadkan dalam mana-mana syarikat dan pengambilan pekerja secara contract akan berleluasa.

Majikan akan menggunakan perkhidmatan syarikat atau agent Contractor For Labour untuk membekalkan tenaga kerja bagi sesuatu industry atau pekerjaan. Malahan Contactor For Labour tersebut pula akan mendapatkan bekalan tenaga kerja dari sub contractor yang membekalkan pekerja.  Dengan itu majikan tidak perlu bersusah payah menanggung kos staff seperti medical, EPF,SOCSO dan mengujudkan Perjanjian Kolektif kerana apa yang perlu dilakukan oleh majikan untuk penjimatan kos adalah membuat bayaran secara terus kepada pihak kontraktor yang membekalkan tenaga kerja. Hubungan antara majikan dan pekerja tidak ujud dalam konteks kontrak pekerjaan. Majikan hanya perlu ada kontrak dengan pihak Contractor For Labour sahaja dan membuat bayaran perkhidmatan berdasarkan caj yang dikenakan. Contractor For Labour pula akan mengagihkan bayaran tersebut kepada pekerja-pekerja contract selepas menolak kos operasi mereka dan meraih keuntungan secara mudah.

Sebagai contoh Syarikat A hanya perlu membayar RM20,000 kepada satu syarikat Contractor For Labour (B) untuk membekalkan 15 pekerja production. Syarikat B pula akan membayar RM15,000 untuk syarikat C (agent Contractor For Labour) . Syarikat B akan membuat profit atas angin sebanyak RM5,000  kerana mendapatkan tender dari syarikat A.

Syarikat C seterusnya akan membayar sebanyak RM700 kepada setiap pekerja yang bekerja di lokasi syarikat A. Keuntungan yang diperolehi secara atas angin oleh syarikat C ialah RM4,500, syarikat B ialah RM5,000 dan pekerja hanya layak dapat RM700 setiap seorang sebulan.

3.       Kebajikan Pekerja (Welfare)

Kebajikan pekerja yang diambil  bekerja secara kontrak oleh agent Contractor For Labour akan terabai kerana majikan, Syarikat atau kilang tidak mempunyai ikatan kontrak pekerjaan yang sah disisi undang-undang secara terus dengan pekerja yang berstatus kontrak. Pekerja hanya terikat dengan kontrak perkhidmatan antara dirinya dan majikan yang bergelar Contractor For Labour.

4.       Organizing Kesatuan

Pergerakan Kesatuan Sekerja samada In House Union atau National Union akan lumpuh dan pupus. Pekerja-pekerja berstatus kontrak tersebut akan hadapi kesukaran untuk di organize dan menubuhkan union kerana telah terbukti dalam situasi pekerja berstatus tetap, banyak Kesatuan cuba ditubuhkan tetapi mendapat kekangan dari majikan. Mereka yang berstatus kontrak akan mudah ditamatkan perkhidmatannya kerana Syarikat Contractor For Labour akan mengenakan peraturan yang ketat bagi menghalang penubuhan Kesatuan Sekerja.

Kos menamatkan perkhidmatan pekerja berstatus kontrak juga akan menjadi murah kerana majikan yang menggaji mereka tidak terikat dengan Perjanjian Bersama. Kegagalan menubuhkan Kesatuan akan menyebabkan Perjanjian Bersama tidak boleh diujudkan. Hak-hak dan faedah Perjanjian Bersama seperti kenaikan gaji, faedah perubatan, allowance dan lain-lain lagi dengan sendirinya tidak akan dirasai oleh pekerja yang diambil secara kontrak melalui Contractor For Labour atau agentnya.

Bila keadaan ini berlaku, lama kelamaan pergerakan Kesatuan Sekerja akan terhapus peringkat demi peringkat dan ini amat menguntungkan golongan kapitalis untuk memerah tenaga pekerja disamping hanya perlu menyediakan faedah asas (jika ada).

Tinjauan amalan Contractor For Labour di Negara-negara lain dan kesannya

Negara seperti Japan, Filipina, Indonesia, Thailand dan beberapa Negara lain telah mengamalkan kaedah Contractor For Labour. Tinjauan mendapati kesan dari amalan tersebut telah menyebabkan tenaga pekerja menjadi terlalu murah, Hak Berkesatuan terjejas, Kebajikan pekerja terabai, Pembuangan Pekerjaan berlaku tanpa sekatan, Pekerja menghadapi masalah untuk membawa representasinya kes pekerjannya ke mahkamah, majikan kecil, besar dan multi nasional tidak berminat mengambil pekerja secara tetap dan mencari helah untuk mengamalkan outsourcing secara berskala besar, majikan mengaut keuntungan berlipat kali ganda, Contractor For Labour dan agentnya ujud seperti cendawan tumbuh dan memperkayakan golongan kapitalis. Contractor For Labour akan mengujudkan satu class industry berasaskan perdagangan tenaga manusia. Amalan Contractor For Labour juga akan  mengembalikan zaman penghambaan pekerja diawal abad sebelum Perang Dunia. Generasi masa depan akan menghadapi kesukaran mendapatkan pekerjaan berstatus tetap (permanent job). Seseorang pekerja terpaksa membayar sejumlah wang bagi menyogok pegawai-pegawai tertentu bagi mendapatkan pekerjaan secara tetap dalam sesuatu organisasi, industry atau jabatan kerana bilangan jawatan tetap amat terhad.

Jika diperhalusi secara terperinci ternyata pindaan Akta Kerja melalui clausa Contractor For Labour mempunyai hasrat tersurat dan tersirat yang akan memberi kesan negatif terhadap masa depan pekerja dan juga Pergerakan Kesatuan Sekerja di Negara ini.

Apakah benar Contractor For Labour  tidak membawa ancaman dan bencana kepada system pekerjaan?

* MOHD. ROSZELI MAJID ADALAH NAIB PRESIDEN MTUC